Wednesday 13 July 2011

Latihan Kawad Kebakaran






Unit Bimbingan dan Kaunseling yang dipimpin oleh Cg. Hasriezawati telah menganjurkan program Latihan Kawad Kebakaran pada 20 Jun 2011. Program ini dijalankan dengan kerjasama Pasukan Bomba dan Penyelamat Kerteh.

Pegawai Bomba KP 17 Encik Mohd Nazri Ahmad telah menyampaikan ceramah mengenai pengungsian bangunan. Penyampaian yang disertakan dengan tayangan video berjaya menarik perhatian murid.

Sebelum itu, kira-kira pukul 8.30 pagi semua murid dan guru telah dikejutkan dengan bunyi loceng kecemasan. Semua warga SKRP berkumpul di tempat yang ditetapkan iaitu di kawasan hadapan sekolah.

Pasukan Bomba dan Penyelamat juga telah menunjukan demonstrasi memadam kebakaran. Murid-murid juga diberi peluang untuk menaiki kereta bomba.

No comments:

Post a Comment