Sunday 17 June 2012

Program Mesra bersama YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia

16 Jun 2012 (Sabtu) -Seramai 15 orang ahli Kelab Kebudayaan SK Rantau Petronas telah membuat persembahan bersama kumpulan penari dari Akademi Tatihseni Malaysia yang diketuai penyanyi Noraniza Idris bersempena Program Mesra bersama YAB Menteri Belia dan Sukan  Malaysia di Pekan Pantai Kerteh. Ahli Kelab Kebudayaan sekolah sebelum ini telah menjalani latihan menari di Institut Kemahiran Belia Negera (IKBN) di Kemasik di bawah kelolaan Akademi Tatihseni Malaysia.