Tuesday 6 November 2012

Malam Gala SK Rantau Petronas 2012

4 Nov 2012 - Pada 4 Nov yang lalu Kelab Guru dan Staf SK Rantau Petronas telah mengadakan majlis makan malam bertempat di Kelab Golf Rekreasi Petronas (KGRP). Majlis makan malam merupakan acara tahunan sekolah yang diadakan pada penghujung persekolahan. Turut diadakan majlis sambutan hari lahir kepada guru-guru dan staf sekolah yang menyambut dari bulan Jun - Disember. Hadiah cabutan bertuah turut diadakan dan paling bermakna hadiah berupa telefon Samsung Galaxy III turut disumbangkan oleh Cikgu Soffian. Majlis makan malam dipengerusikan oleh guru petah berbicara,Cikgu Faizah Zakaria.

Pada majlis tersebut turut diraikan pertukaran 3 orang guru SK Rantau Petronas ke sekolah negeri/daerah yang telah dipohon .Tahniah diucapkan guru-guru yang berjaya.