Wednesday 24 April 2013

Pengumuman : Ujian Permata Pintar UKM1


Perhatian kepada semua pelajar Tahun 2-6,anda dipelawa untuk menduduki Ujian Permata Pintar secara online yang sedang berlangsung pada 1 Feb - 31 Mei 2013. Ujian ini adalah sebahagian usaha pencarian dan pengurusan bakat yang dikendalikan oleh pusat ini dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Sekolah, dan Maktab Rendah Sains Mara. Ujian ini adalah percuma dan boleh diambil di sekolah, rumah dan lain-lain tempat yang mempunyai kemudahan Internet tanpa birokrasi.

Segala maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang ini : PERMATA PINTAR
 Untuk memulakan ujian saringan,sila klik di sini :    Ujian PERMATA PINTAR UKM1

* Makluman : Pelajar perlu memasukkan maklumat peribadi, sekolah dan ibu bapa atau penjaga sebelum  memulakan ujian saringan ini.Tarikh tutup ujian saringan ini adalah pada  31 MEI 2013.