Sunday 19 May 2013

Sambutan Hari Guru 16 Mei Peringkat Sekolah

17 Mei 2013 - Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan di sekolah pada hari Khamis 16 Mei 2013 bertempat di Ruang Legar SKRP. Bertemakan Guru Malaysia 1 Aspirasi  1 Agenda, majlis hari guru disambut dengan sederhana tetapi penuh dengan kegembiraan oleh para guru dan murid-murid. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya persembahan sajak, nyanyian ,persembahan guru-guru ,pertandingan memasak bersama Chef Liza dan lain-lain. Majlis sambutan hari guru berakhir dengan jamuan tengah hari yang disediakan oleh para ibubapa ;PIBG sekolah yang bertungkus lumus menyediakan hidangan tengahari untuk para guru.