Thursday 20 June 2013

Kejohanan Olahraga dan Sukaneka SK Rantau Petronas kali ke-9

20 Jun 2013 - SK Rantau Petronas telah menganjurkan Kejohanan Olahraga dan Sukaneka kali ke-9 pada 19 Jun 2013 (Rabu) bertempat di Padang SK Rantau Petronas. Pelbagai acara sukan dan sukaneka telah berjaya dijalankan yang melibatkan semua murid Tahun 1-6 mewakili rumah sukan masing-masing.  Peringkat saringan dan Sukantara telah dijalankan lebih awal dari hari sukan yang dipertandingkan. Tahniah diucapkan kepada pasukan Rumah Hijau yang menjadi Johan Keseluruhan pada temasya sukan kali ini.